(filling, shapes & colour boleh request)
RM1.20
Minimum order = 200pcs
FREE : Tagging (TQ or nama anda)
(Promosi sah sehingga 31 Disember 2011)
Berminat, boleh hubungi kami:
Zue - 0197347789 / Yani - 013782510
Tatkala menjengah kembali ke kamar kehidupan ini,Inilah kehidupan insan pada setiap liku sebuah perjalanan kehidupan,
Semua ini hanyalah akan menjadi memori pada suatu persinggahan di persimpangan menuju destinasi abadi.
Di hadapan sana masih banyak menanti,
Cabaran menunggu saat untuk mendatangi,
Cuma... Mungkin detik waktunya belum tiba,
Langkah perlu diteruskan, kerana tanpa langkah seterusnya,
Takkan ada masa depan.
Depanilah perjalanan dengan tawakkal kepada-NYA,
Ini hanya cebisan dari kanvas kahidupan seorang hamba,
Di kamar ini jua, terlalu banyak ragam, kerenah makhluk yang bernama manusia,
Tetapi inilah yang dipanggil cermin sebuah kehidupan,
Telah dicipta manusia untuk bersusah-susah,
Kerana di situ teruji ketabahan dan kesabaran,
Sebagai kayu ukur seorang yang bergelar hamba.
Setiapnya pasti punyai hikmah tersendiri,
Inilah kamar kehidupan yang di dalamnya penuh dengan ragam manusia,
Yang kadang-kadang ada yang menyakitkan, ada mengembirakan, ada yang mendukakan,
Inilah pahit manis sebuah kehidupan,
Semuaanya mengajar erti sebenar kehidupan,
Dan ianya akan menjadi cebisan kenangan di liku kehidupan.
"Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; iaitu sedekah yang berterusan pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya." -Jangan menolak sebarang peluang untuk bersedekah kerana boleh jadi Allah menghadirkan mereka sebagai "hadiah" untuk kita... Agar dapat kita beramal dengan sedekah.
Wallahua'lam