RSS

KAMI Kini di KAMPAR Follow Me TQ (0197347789 Zue)

SENARAI HARGA / PRICE LIST : SILA CLICK LINK DIBAWAH or 0197347789 pm me(^_^)

Kami kini di KAMPAR, PERAK.
Surprise Delivery & Candy Buffet kini di kawasan KAMPAR, PERAK
Any Inquiries Pls Call Me 0197347789
---TQ---

Chocolate Moist Cake (CMC) : TQ Kak Fara

Posted by : Zue Chocolate House (JR0039038-T) 0 Comments

CMC di deco dengan choc:)ok kan?
Special request: Roses

Order from kak fara, KL untuk bonda tersayang kat HSA,JB...

TQ kak:)

Kanvas Kehidupan

Posted by : Zue Chocolate House (JR0039038-T) 0 Comments

Tatkala menjengah kembali ke kamar kehidupan ini,
Di rasakan dunia ini penuh dengan liku kehidupan,
Setiap mendatang pasti ada halangan dan cabaran,
Pasti juga akan terlakar sebuah memori,

Inilah kehidupan insan pada setiap liku sebuah perjalanan kehidupan,
Semua ini hanyalah akan menjadi memori pada suatu persinggahan di persimpangan menuju destinasi abadi.

Di hadapan sana masih banyak menanti,
Cabaran menunggu saat untuk mendatangi,
Cuma... Mungkin detik waktunya belum tiba,
Langkah perlu diteruskan, kerana tanpa langkah seterusnya,
Takkan ada masa depan.

Depanilah perjalanan dengan tawakkal kepada-NYA,
Ini hanya cebisan dari kanvas kahidupan seorang hamba,
Di kamar ini jua, terlalu banyak ragam, kerenah makhluk yang bernama manusia,
Tetapi inilah yang dipanggil cermin sebuah kehidupan,
Telah dicipta manusia untuk bersusah-susah,
Kerana di situ teruji ketabahan dan kesabaran,
Sebagai kayu ukur seorang yang bergelar hamba.

Setiapnya pasti punyai hikmah tersendiri,
Inilah kamar kehidupan yang di dalamnya penuh dengan ragam manusia,
Yang kadang-kadang ada yang menyakitkan, ada mengembirakan, ada yang mendukakan,
Inilah pahit manis sebuah kehidupan,
Semuaanya mengajar erti sebenar kehidupan,
Dan ianya akan menjadi cebisan kenangan di liku kehidupan.

ILuvIslam

NEW!!Chocolate Bar :)

Posted by : Zue Chocolate House (JR0039038-T) 0 Comments

Chocolate Bar
Size : 12.5cm x 3.5cm x 1.0cm
Weight : 40g++

PROMO PRICE : RM2 only!!
(Normal price: RM3)

Anda Boleh PILIH:
  • Jenis Chocolate (Milk, Dark, White Choc or Mix)
  • Filling (Plain, Bubble Rice, Almond, Raisin)
  • Wrapping - ikut Tema yang diingini (weeding,birthday party etc) & hanya menggunakan kertas pembalut hadiah yg sedia ada di kedai sahaja. Utk Special Custom Chocolate Wrapping Paper-caj tambahan akan dikenakan.
Minimum Order : 10pcs
Harga tidak termasuk caj penghantaran

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami:
Zue @ 0197347789
Yani @ 0137582510

Thank You:)

Kek Coklat Moist Kukus

Posted by : Zue Chocolate House (JR0039038-T) 0 Comments

Projek mlm td...sy sgt suka kek ni!!!dah byk kali buat..arini baru smpt posing:) Gbr yg ats tu gbr lama..ofismate sy order, sy guna resipi ni juga..Mama Mia suke makan kek nie..hehehe..

Resipi sy CP dari blog kak long sy @InspirasiKu : TQ kak long & TQ tuan punye resipi:)

KEK COKLAT MOIST KUKUS

Sumber : MYR@AlongRoz
Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )
  • 100g Serbuk Koko*
  • 1 tin Susu Isian Cair*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih..
  • 250g gula kastor
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 st Bic Soda
  • 1st Baking Powder

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.

Cotton Cheese Cake; Open for order?

Posted by : Zue Chocolate House (JR0039038-T) 0 Comments

In the oven....
Cakkk!!gebu tak?heee:)
terliur??slurrppp:)
Touch up sikit...blueberry!

OPEN FOR ORDER...hehehe...belum bersedia utk diPASARkan...ni saje2 warming up...

Today...nice day 9.10.11:) musnahnya 1impian...
semuanya telah ku korbankan...hanya derita yg tinggal...
yg lepas usah dikenang, takut mencalar kembali LUKA di hati...
Byeee...

Saham Akhirat

Posted by : Zue Chocolate House (JR0039038-T) 0 Comments

"Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; iaitu sedekah yang berterusan pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya." -
[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Kami sekadar berkongsi kisah dari seorang sahabat. Cerita lanjut ada DISINI

Semoga kita semua terpanggil untuk selalu bersedekah kepada yang memerlukan.

Jangan menolak sebarang peluang untuk bersedekah kerana boleh jadi Allah menghadirkan mereka sebagai "hadiah" untuk kita... Agar dapat kita beramal dengan sedekah.

Wallahua'lam

CupCakes with Coklat & Coklat Oreo ;TQ Syue!

Posted by : Zue Chocolate House (JR0039038-T) 0 Comments

Type/Code Product: CupCakes Choc & OreoChoc
Order By: Syue, Pasir Gudang
Delivery: By Hand
Event: Engagement

Alhamdulillah Syue sangat berpuas hati:) terima kasih Syue!!

Alhamdulillah & Best Regards,
Zue (0197347789) & Yani (0137582510)

Bingkisan Buat Hati

Posted by : Zue Chocolate House (JR0039038-T) 0 Comments

Menangislah duhai hati,
andai itu bisa menenangkanmu,
menangislah duhai hati,
andai beban bisa merasa ringan,
menangislah duhai hati,
andai rasa diri keseorangan.


Namun...
menangismu bukan tanda lemah,
menangis itu bukan tanda tidak mampu,,
menangis itu bukan tiada siapa disisi.

Hakikatnya...
Allah ada penghembus kekuatan untukmu,
Allah ada peniup semangat untukmu,
Allah ada sentiasa menemani,
dikau tidak keseorangan..
Dialah teman yang memahami,
Dialah Al-Khaliq yang memiliki sifat terpuji,
Dialah...Ilahi...Allah
Takdir kadang² MEMPERTEMU KAN kita dengan SESUATU yang tidak diundang, MEMBERI apa yang tidak dirancang, MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan...
Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban, serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan..
~zue~


Lolichoc & Oreo Mickey & Upin Ipin - TQ Dila, Batu Pahat

Posted by : Zue Chocolate House (JR0039038-T) 0 Comments

Oreo Mickey & Minnie Mouse

Type/Code Product: Lolichoc Oreo / OreoChoc
Order By: Dila, Semerah, Batu Pahat
Delivery: By Courier (1 day delivery)
Event: Birthday Party

Alhamdulillah selamat sampai & Dila puas hati:) terima kasih Dila!!

Alhamdulillah & Best Regards,
Zue (0197347789) & Yani (0137582510)