Kanvas Kehidupan
Tatkala menjengah kembali ke kamar kehidupan ini,
Di rasakan dunia ini penuh dengan liku kehidupan,
Setiap mendatang pasti ada halangan dan cabaran,
Pasti juga akan terlakar sebuah memori,
Inilah kehidupan insan pada setiap liku sebuah perjalanan kehidupan,
Semua ini hanyalah akan menjadi memori pada suatu persinggahan di persimpangan menuju destinasi abadi.
Di hadapan sana masih banyak menanti,
Cabaran menunggu saat untuk mendatangi,
Cuma... Mungkin detik waktunya belum tiba,
Langkah perlu diteruskan, kerana tanpa langkah seterusnya,
Takkan ada masa depan.
Depanilah perjalanan dengan tawakkal kepada-NYA,
Ini hanya cebisan dari kanvas kahidupan seorang hamba,
Di kamar ini jua, terlalu banyak ragam, kerenah makhluk yang bernama manusia,
Tetapi inilah yang dipanggil cermin sebuah kehidupan,
Telah dicipta manusia untuk bersusah-susah,
Kerana di situ teruji ketabahan dan kesabaran,
Sebagai kayu ukur seorang yang bergelar hamba.
Setiapnya pasti punyai hikmah tersendiri,
Inilah kamar kehidupan yang di dalamnya penuh dengan ragam manusia,
Yang kadang-kadang ada yang menyakitkan, ada mengembirakan, ada yang mendukakan,
Inilah pahit manis sebuah kehidupan,
Semuaanya mengajar erti sebenar kehidupan,
Dan ianya akan menjadi cebisan kenangan di liku kehidupan.
NEW!!Chocolate Bar :)
Size : 12.5cm x 3.5cm x 1.0cm
Weight : 40g++
PROMO PRICE : RM2 only!!
(Normal price: RM3)
- Jenis Chocolate (Milk, Dark, White Choc or Mix)
- Filling (Plain, Bubble Rice, Almond, Raisin)
- Wrapping - ikut Tema yang diingini (weeding,birthday party etc) & hanya menggunakan kertas pembalut hadiah yg sedia ada di kedai sahaja. Utk Special Custom Chocolate Wrapping Paper-caj tambahan akan dikenakan.
Harga tidak termasuk caj penghantaran
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami:
Zue @ 0197347789
Yani @ 0137582510
Thank You:)
Kek Coklat Moist Kukus
Resipi sy CP dari blog kak long sy @InspirasiKu : TQ kak long & TQ tuan punye resipi:)
- 100g Serbuk Koko*
- 1 tin Susu Isian Cair*
- 200g Minyak Masak Sayuran*
- 250g Susu Pekat*
- 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih..
- 250g gula kastor
- 150g Tepung Gandum
- 1 st Bic Soda
- 1st Baking Powder
Cara-cara
- Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
- Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
- Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
- Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.
Saham Akhirat
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Kami sekadar berkongsi kisah dari seorang sahabat. Cerita lanjut ada DISINI
Semoga kita semua terpanggil untuk selalu bersedekah kepada yang memerlukan.
Jangan menolak sebarang peluang untuk bersedekah kerana boleh jadi Allah menghadirkan mereka sebagai "hadiah" untuk kita... Agar dapat kita beramal dengan sedekah.
Wallahua'lam
CupCakes with Coklat & Coklat Oreo ;TQ Syue!
Delivery: By Hand
Event: Engagement
Bingkisan Buat Hati
andai rasa diri keseorangan.
Takdir kadang² MEMPERTEMU KAN kita dengan SESUATU yang tidak diundang, MEMBERI apa yang tidak dirancang, MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan...
Namun TAKDIR juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban, serta memberi PELUANG menilai siapa SAHABAT, siapa KAWAN dan siapa sekadar KENALAN yang mengisi ruang dalam episod kehidupan..~zue~
Lolichoc & Oreo Mickey & Upin Ipin - TQ Dila, Batu Pahat
Delivery: By Courier (1 day delivery)
Event: Birthday Party