Assalamualaikum
wbt…
Jumaat, 2
November 2012 bersamaan 17 Zulhijjah 1433H…
perginya ABAH selama-lamanya…
perginya ABAH selama-lamanya…
Saat saya
menulis ini, air mata saya masih mengalir deras…saya gagahkan jua untuk
menulis…Rasa baru semalam saya bersalaman dan mencium pipi abah sebelum saya
pulang ke JB…YA ALLAH berikan aku kekuatan untuk melalui hari-hari tanpa ABAH
lagi…Al-Fatihah…
Kehilangannya
amat dirasai oleh kami seisi keluarga…Belum sempat saya menyusun langkah memberi
sedikit kesenangan hidup dunia kepadanya, dia sudah pergi buat selama-lamaya...Bagaikan
tidak percaya…namun itulah realiti…realiti yang kami sekeluarga perlu hadapi..pahit
untuk di telan, sukar untuk diterima namun yang pergi tak akan kembali…
Saya mesti tabah…setabah mak, sekuat mak…saya redha, ALLAH lebih sayangkan abah...Hanya doa buat abah tersayang mampu ku kirim saban waktu setiap detik…semoga abah tenang di sana…abah, ampunkan dosa-dosa adik…
Saya mesti tabah…setabah mak, sekuat mak…saya redha, ALLAH lebih sayangkan abah...Hanya doa buat abah tersayang mampu ku kirim saban waktu setiap detik…semoga abah tenang di sana…abah, ampunkan dosa-dosa adik…
Surat terakhir abah tulis pada 1Nov...
Terima kasih kepada semua kawan, sahabat handai, rakan taulan, saudara mara yang telah bersusah payah membantu dan mengucapkan takziah…Saya memohon Maaf sekiranya saya tidak dapat membalas SMS/PM anda, sejujurnya ucapan takziah itu sangat menyentuh hati saya sehingga saya xmampu balas sms anda satu persatu…terima kasih semua…
Kepada
pelanggan yang dikasihi maaf ada yang terpaksa saya tolak tempahan anda .
Sekiranya ada yang telah membuat bayaran, sila hubungi saya segera untuk saya
kembalikan. Maaf sekali lagi…
Kelas Coklat
juga saya hentikan seketika, saya memohon ribuan ampun dan maaf…berikan saya
sedikit masa untuk saya kembali seperti sedia kala…
Buat ABAH, Semoga
Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Abah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Abah, damailah di sana..dan
bersemadi dengan tenang…Semoga kita berjumpa nanti…Al-Fatihah..
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian
seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat
Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
Surah Al-Munafiqun: Ayat 11
Terima Kasih dari Kami :
Seisi Keluarga
(Marminah Saridi (Mak), Zanariah@Inspirasiku , Zulkifli, Yazid, Zafrina, Zairulizan & Zuwairuni & Amirul Aimman )
Wassalam